Ahad, 2 Oktober 2016

View Range

Apakah View Range dan kenapa ianya penting?

View Range menetapkan paparan pada pandangan pelan.
Anda akan dapati paparan pelan berbeza menurut setting yang telah disediakan. Ia menentukan tetapan ketebalan garisan, style warna dan sebagianya, Perbezaan paparan akan berbeza menurut kedudukan dan tinggi. ia juga bergantung kepada kategori komponen.

Untuk penerangan lebih lanjut sila rujuk rantaian berikut:

https://knowledge.autodesk.com/support/revit-products/learn-explore/caas/CloudHelp/cloudhelp/2016/ENU/Revit-DocumentPresent/files/GUID-58711292-AB78-4C8F-BAA1-0855DDB518BF-htm.html

Rabu, 19 Jun 2013

Copy dan Paste didalam Revit

Adakalanya Copy dan Paste tidak dapat digunakan pada revit. Ini berlaku apabila anda menggunakan fail Projek, Generic Model, Generic Annotation dan Detail Item. Salah satu cara untuk mengatasinya anda boleh Export to DWG dan menggunakan Import CAD untuk mndapatkan geometri tersebut.

Menggunakan Schedule pada banyak Sheets

Pada Revit 2013, anda boleh drag schedule ke dalam sheets. Schedule tersebut boleh di masukkan pada banyak sheets. Walau bagaimanapun jika anda merubah format schedule tersebut pada salah satu sheet akan mengakibatkan kesemua schedule didalam semua sheets berubah. Untuk mengatasinya duplicate schedule tesebut dan gunakan format yang sesuai pada sheets yang dikehendaki.

Jumaat, 31 Ogos 2012

Menambah Asset Material pada Library

Untuk menambah Asset pada Library:


Buka Material Editor
Pada Name Pilih Asset Appearence

Klik kanan dan pilih Duplicate
Jika Asset tersebut tidak digunakan pada mama-mana Material. Massage berikut timbul
Pada Asset ubah Nama kepada Nama baru

Penggunaan Material Pada Revit 2013

Revit 2013 memperkenalkan paparan baru berkaitan Material yang melibatkan beberapa Dialog Box. Untuk mendapatkan material, dari Ribbon:

Manage Tab > Settings Panel > Material

Dialog box yang melibatkan Material:
  • Material Browser
  • Material Editor
  • Asset Browser

Selain itu  ia memperkenalkan beberapa terma Asset data yang melibatkan:

  • Graphics
  • Appearance 
  • Physical 
  • Thermal
Revit 2013 juga telah memperkenaklan Libraries yang boleh di-save dengan fail extension .asdklib.

Penggunaan Asset boleh di-share. Bermakna Asset tersebut boleh digunasama dengan beberapa material yang lain. Sukar untuk menentukan Material mana menggunakan Asset yang sama. Walaubagaimanapun hanya Asset yang digunasama sahaja boleh di-duplicate. Untuk mengatasi perkara tersebut Duplicate material supaya Asset tersebut terdapat pada Material Asal, seterusnya duplicate Asset tersebut pada Material Editor atau Asset Browser. Oleh yang demikian jangan sewenang-wenang merubah Asset tersebut tanpa menggunakan Duplicate dan Rename.

Asset Browser hanya boleh dibuka melalui Material Editor dialog box.

Adalah didapati Material Library yang terdapat di Material Browser dan Asset Browser adalah berbeza, walaupun berasal dari fail yang sama. Ini adalah kerana Library pada Material Browser memaparkan Material manakala pada Asset Browser hanya memaparkan Asset yang berkaitan dengan Material tersebut. Walaubagaimanapun Asset boleh ditambah pada Asset Browser. Update dan Save Library tersebut pada fail adalah Automatik.

Mengenai Butang OK, Cancel dan Apply pada Material Browser,
Butang OK adalah untuk Save dan Keluar dari men-edit Material.
Butang Cancel adalah untuk membatalkan perubahan yang dilakukan.
Butang Apply adalah Save dan kekal dalam Material

Rujukan: 
Buku - Interior Design Using Autodesk Revit Architecture 2013.

Khamis, 17 Mei 2012

Revit Essential Skills Videos AutodeskBuilding

Revit Essential Skills Videos AutodeskBuilding: http://www.youtube.com/playlist?list=PL6B66E9728B6A60D7

Sabtu, 12 Mei 2012

Parameters: Family vs. Project vs.Shared Family vs. Shared Project

Parameters: Family vs. Project vs.Shared Family vs. Shared Project http://whosafraidofthebigbadbim.blogspot.com/2012/05/parameters-family-vs-project-vsshared.html