Disini saya ingin menulis mengenai pengalaman saya mempelajari perisian dari Autodesk iaitu Revit. Selalunya kita belajar bermula dari pengalaman menggunakan beberapa perisian CAD seperti AutoCAD, ADT, 3D Studio dan lain-lain. Sambil memikirkan apakah perbezaan mereka, perkara-perkara baru yang diperkenalkan dan bagaimanakah ia digunakan?
Dalam kita untuk mempelajari sesuatu perisian itu, selalunya kita perlu memikirkan:
- Apakah yang dapat dicapai dengan menggunakan perisian tersebut?.
- Apakah alat yang dibekalkan, bagaimana pula kita dapat mencapai sesuatu itu dengan menggunakan alat tersebut dan apakah langkah-langkahnya?.
- Apakah yang terdapat diantaramukanya (Interface) , Bagaimana ia digunakan bersama papan kekunci dan tetikus.
- Bagaimanakah ia digunakan dalam melaksanakan tugas sebenar dan adakah ia praktikal?.
- Adakah cara, bagaimana kita boleh mempelajari sesuatu perisian itu dengan cepat?.
- Apakah perkara yang penting dan tidak penting, dan yang mana yang perlu dipelajari dahulu ?.
- Bagaimana pula tentang terma-terma yang digunakan?.
- Apakah perintah yang selalu digunakan dan manakah pula yang jarang digunakan?
Oleh itu, disini saya ingin mendokumentasikan pengalaman saya dalam mempelajari perisian Autodesk Revit yang menggunakan konsep BIM ini.