Rabu, 12 Disember 2007

Mana dinding 150mm tebal?

Apabila menggunakan dinding dalam Revit, perkara pertama yang dicari adalah dinding setebal 150mm yang selalu digunakan dalam industri pembinaan di Malaysia. Setelah diselidiki kita tidak jumpa dinding tersebut, yang diperolehi adalah dinding 140mm Masonry atau 200mm tebal. Oleh demikian kita perlu menggunakan dinding 200mm ini untuk menyediakan dinding 150 tersebut.




















Disini kita cuba menyediakan 115mm tebal dinding bata dengan 20mm lepaan simen di kedua belah, seperti dibawah.
















A. Sediakan 110mm tebal dinding batu-bata.

Walaupun ketebalan batu-bata yang digunakan biasanya ialah 115mm tetapi dalam kes ini kita gunakan 110mm sahaja supaya ukuran keseluruhan adalah 150mm.

1. Di "Design Bar" pilih "Basic" kemudian klik "Wall "









2. Di "Type Selector" pilih Basic Wall:Generic -200mm
3. Tekan butang Properties.
4. Klik butang Edit/New












5. Tekan Butang Duplicate...















6. Nyatakan Batu-bata 150mm









7.Klik OK.
8. Di Kekotak Properties.
Di Bahagian Type Parameters
di Sebelah Structure klik Edit.














9. Di baris 2 Structure[1] ubah ketebalan dari 200 kepada 110.
10. Klik OK 3 x untuk menyimpan dinding baru tersebut.












B. Sediakan lepaan simen setebal 20mm dikedua-dua belah.

1. Pergi semula ke kekotak Edit Assembly tadi.
(Rujuk langkah sebelumnya)
2. Tekan butang Insert
3. Tekan butang Up supaya ianya terletak dibahagian atas.
4. Di barisan function tukar kepada Finish 1[4]
5. Di bahagian thickness berikan ketebalan 20mm.






















6. Tekan butang Insert Semula
7. Tekan butang Down supaya ianya terletak dibahagian bawah.
8. Di barisan function tukar kepada Finish 1[5]
9. Di bahagian thickness berikan ketebalan 20mm.

Lihat ketebalan dibahagian Total thickness telah menjadi 150mm






















c. Menukar Bahan Dinding

1. Ubah bahan kepada Masonry Brick.
2. Di barisan 3 Structure[1] disebelah klik arrow.
3. Di kekotak Material di bahagian Tab Material pilih Mansonry-Brick
4. Klik OK.














5. Di bariasan Finish1[4] klik arrow disebelah






6. Klik Butang Duplicate.











7. Di kekotak New material nyatakan Lepaan Simen
8. Klik OK









9. Pastikan "Surface Pattern" dan "Cut Pattern" Dikosongkan












10. Lepaan simen telah diberi pada Finish1[4].

11. Lakukan sama pada Finish2[5] dengan menukar material kepada Lepaan simen.










12. Klik OK.

D. Merubah Wrapping.

1. Diruangan Type Parameter
di barisan Wrapping at Ends pilih Exterior















2. Klik 2x OK untuk menyimpan dinding tersebut.

Sekarang dinding tersebut boleh digunakan.
Untuk supaya dinding tersebut boleh didapati setiap kali kita menggunakan Revit,
sertakan ia di dalam fail template.
















Ahad, 9 Disember 2007

Menggunakan Keynote.

Di dalam Revit terdapat satu kemudahan untuk kita menyediakan spesifikasi secara automatik iaitu menggunakan Keynote. Sebelum anda boleh menggunakan kemudahan ini ada beberapa perkara anda perlu lakukan.

01. Memastikan anda telah mempunyai "Keynote Text File".
Semak di Setting menu>Keynoting




















Anda boleh menggunakan Microsoft Excel atau mana-mana perisian spreadsheet untuk menguruskan data, kemudian di export kepada fail format Tab-delimited.

02. Memberikan Nilai/Definasi kepada "Element" atau "Material".

Pilih Element (Misalnya pintu).
Klik pada Properties.
Klik Butang Edit/New
Di Ruangan Identity Data di sebelah keynote tekan butang arrow.
Pilih keynote yang sesuai.




















atau jika menggunakan Material
klik Setting Menu>Materials
Diruangan Name pilih Material
Di Tab Identity
Di Ruangan Identity Data di sebelah keynote tekan butang arrow.
Pilih keynote yang sesuai.









Menggunakan Keynote.

01. Dari Design Bar
pilih Keynote> "Element, Material" atau "User".







02. Di Type Selector pilih style yang dikehendaki:







03- Dengan mengklik element dan klik pada "drawing area" anda telah mendapatkan spesifikasi pintu tersebut.







Selamat Mencuba.

Khamis, 6 Disember 2007

Revit FAQ

Anda boleh mendapatkan Revit Support FAQ disini:

http://usa.autodesk.com/adsk/servlet/ps/index?siteID=123112&id=2956546&linkID=9243099

Apakah yang dibekalkan oleh Revit?

Untuk menjawab soalan diatas, satu cara adalah melihat kepada manual:
Anda boleh mendapatkan "User's Guide" ini di rantaian berikut.

http://usa.autodesk.com/adsk/servlet/item?siteID=123112&id=9481365


Jika kita lihat kepada manual ini ianya mengandungi 21 Bab dan 850 mukasurat.

Disini anda akan memperolehi:

1. "Overview" perisian tersebut.
2. Apa yang dibekalkan oleh perisian tersebut.
3. Dimana untuk mendapatkan penjelasan tentang sesuatu perkara itu.
3. Terma-terma yang digunakan.
4. Bagaimana struktur dan cara ia disusun.
5. Kaitan dan perbezaan tentang sesuatu perkara itu.

Diantara bab-bab yang terdapat di User's Guide ini adalah:

Chapter 1. Welcome to Revit Architecture 2008.
Chapter 2 What's New In This Release.
Chapter 3 Getting Started.
Chapter 4 Customizing Project Setting.
Chapter 5 Project Views.
Chapter 6 Sketching.
Chapter 7 Using Dimension and Constraints.
Chapter 8 Working with Architectural Components.
Chapter 9 Working with Structural Components.
Chapter 10 Working with Site components.
Chapter 11 Creating Your Own Components (Families)
Chapter 12 Editing Elements.
Chapter 13 Construction Document.
Chapter 14 Annotation And Detailing.
Chapter 15 Rendering.
Chapter 16 Project Phasing.
Chapter 17 Project Design Options.
Chapter 18 Working With A Team.
Chapter 19 Working with link models.
Chapter 20 Interoperability.
Chapter 21 Print Troubleshooting, Diagnostic Tools, and Error Handling.
Index.

Ianya adalah sama seperti apa yang terkandung di Help Menu.

Rabu, 5 Disember 2007

Satu Percubaan






















Disini disertakan image model menggunakan revit.
Dari segi "mapping" saya masih lagi belum mendalaminya. Bolehkah kita mengawalnya.
Satu lagi adalah mengenai "lighting" bagaimana cara terbaik mengawalnya, terutamanya di bahagian"interior".

Rabu, 21 November 2007

Proses mempelajari revit

Kita berasa beruntung kerana dimasa ini kita boleh mempelajari apa sahaja menerusi internet. Dalam bidang komputer pula kita mempunyai banyak rujukan untuk mempelajari sesuatu perisian. Cuma yang membataskan kita adalah, berapa banyak masa yang kita boleh luangkan.

Disini saya ingin menulis mengenai pengalaman saya mempelajari perisian dari Autodesk iaitu Revit. Selalunya kita belajar bermula dari pengalaman menggunakan beberapa perisian CAD seperti AutoCAD, ADT, 3D Studio dan lain-lain. Sambil memikirkan apakah perbezaan mereka, perkara-perkara baru yang diperkenalkan dan bagaimanakah ia digunakan?

Dalam kita untuk mempelajari sesuatu perisian itu, selalunya kita perlu memikirkan:
  • Apakah yang dapat dicapai dengan menggunakan perisian tersebut?.
  • Apakah alat yang dibekalkan, bagaimana pula kita dapat mencapai sesuatu itu dengan menggunakan alat tersebut dan apakah langkah-langkahnya?.
  • Apakah yang terdapat diantaramukanya (Interface) , Bagaimana ia digunakan bersama papan kekunci dan tetikus.
  • Bagaimanakah ia digunakan dalam melaksanakan tugas sebenar dan adakah ia praktikal?.
  • Adakah cara, bagaimana kita boleh mempelajari sesuatu perisian itu dengan cepat?.
  • Apakah perkara yang penting dan tidak penting, dan yang mana yang perlu dipelajari dahulu ?.
  • Bagaimana pula tentang terma-terma yang digunakan?.
  • Apakah perintah yang selalu digunakan dan manakah pula yang jarang digunakan?
Untuk menjawab soalan-soalan ini tidak dapat tidak, kita perlu menggunakan perisian ini sendiri, dengan membuat beberapa percubaan untuk memahaminya, disamping membuat rujukan.

Oleh itu, disini saya ingin mendokumentasikan pengalaman saya dalam mempelajari perisian Autodesk Revit yang menggunakan konsep BIM ini.