Rabu, 12 Disember 2007

Mana dinding 150mm tebal?

Apabila menggunakan dinding dalam Revit, perkara pertama yang dicari adalah dinding setebal 150mm yang selalu digunakan dalam industri pembinaan di Malaysia. Setelah diselidiki kita tidak jumpa dinding tersebut, yang diperolehi adalah dinding 140mm Masonry atau 200mm tebal. Oleh demikian kita perlu menggunakan dinding 200mm ini untuk menyediakan dinding 150 tersebut.




















Disini kita cuba menyediakan 115mm tebal dinding bata dengan 20mm lepaan simen di kedua belah, seperti dibawah.
















A. Sediakan 110mm tebal dinding batu-bata.

Walaupun ketebalan batu-bata yang digunakan biasanya ialah 115mm tetapi dalam kes ini kita gunakan 110mm sahaja supaya ukuran keseluruhan adalah 150mm.

1. Di "Design Bar" pilih "Basic" kemudian klik "Wall "









2. Di "Type Selector" pilih Basic Wall:Generic -200mm
3. Tekan butang Properties.
4. Klik butang Edit/New












5. Tekan Butang Duplicate...















6. Nyatakan Batu-bata 150mm









7.Klik OK.
8. Di Kekotak Properties.
Di Bahagian Type Parameters
di Sebelah Structure klik Edit.














9. Di baris 2 Structure[1] ubah ketebalan dari 200 kepada 110.
10. Klik OK 3 x untuk menyimpan dinding baru tersebut.












B. Sediakan lepaan simen setebal 20mm dikedua-dua belah.

1. Pergi semula ke kekotak Edit Assembly tadi.
(Rujuk langkah sebelumnya)
2. Tekan butang Insert
3. Tekan butang Up supaya ianya terletak dibahagian atas.
4. Di barisan function tukar kepada Finish 1[4]
5. Di bahagian thickness berikan ketebalan 20mm.






















6. Tekan butang Insert Semula
7. Tekan butang Down supaya ianya terletak dibahagian bawah.
8. Di barisan function tukar kepada Finish 1[5]
9. Di bahagian thickness berikan ketebalan 20mm.

Lihat ketebalan dibahagian Total thickness telah menjadi 150mm






















c. Menukar Bahan Dinding

1. Ubah bahan kepada Masonry Brick.
2. Di barisan 3 Structure[1] disebelah klik arrow.
3. Di kekotak Material di bahagian Tab Material pilih Mansonry-Brick
4. Klik OK.














5. Di bariasan Finish1[4] klik arrow disebelah






6. Klik Butang Duplicate.











7. Di kekotak New material nyatakan Lepaan Simen
8. Klik OK









9. Pastikan "Surface Pattern" dan "Cut Pattern" Dikosongkan












10. Lepaan simen telah diberi pada Finish1[4].

11. Lakukan sama pada Finish2[5] dengan menukar material kepada Lepaan simen.










12. Klik OK.

D. Merubah Wrapping.

1. Diruangan Type Parameter
di barisan Wrapping at Ends pilih Exterior















2. Klik 2x OK untuk menyimpan dinding tersebut.

Sekarang dinding tersebut boleh digunakan.
Untuk supaya dinding tersebut boleh didapati setiap kali kita menggunakan Revit,
sertakan ia di dalam fail template.
















Tiada ulasan: