Ahad, 9 Disember 2007

Menggunakan Keynote.

Di dalam Revit terdapat satu kemudahan untuk kita menyediakan spesifikasi secara automatik iaitu menggunakan Keynote. Sebelum anda boleh menggunakan kemudahan ini ada beberapa perkara anda perlu lakukan.

01. Memastikan anda telah mempunyai "Keynote Text File".
Semak di Setting menu>Keynoting




















Anda boleh menggunakan Microsoft Excel atau mana-mana perisian spreadsheet untuk menguruskan data, kemudian di export kepada fail format Tab-delimited.

02. Memberikan Nilai/Definasi kepada "Element" atau "Material".

Pilih Element (Misalnya pintu).
Klik pada Properties.
Klik Butang Edit/New
Di Ruangan Identity Data di sebelah keynote tekan butang arrow.
Pilih keynote yang sesuai.




















atau jika menggunakan Material
klik Setting Menu>Materials
Diruangan Name pilih Material
Di Tab Identity
Di Ruangan Identity Data di sebelah keynote tekan butang arrow.
Pilih keynote yang sesuai.









Menggunakan Keynote.

01. Dari Design Bar
pilih Keynote> "Element, Material" atau "User".







02. Di Type Selector pilih style yang dikehendaki:







03- Dengan mengklik element dan klik pada "drawing area" anda telah mendapatkan spesifikasi pintu tersebut.







Selamat Mencuba.

Tiada ulasan: