Rabu, 21 November 2007

Proses mempelajari revit

Kita berasa beruntung kerana dimasa ini kita boleh mempelajari apa sahaja menerusi internet. Dalam bidang komputer pula kita mempunyai banyak rujukan untuk mempelajari sesuatu perisian. Cuma yang membataskan kita adalah, berapa banyak masa yang kita boleh luangkan.

Disini saya ingin menulis mengenai pengalaman saya mempelajari perisian dari Autodesk iaitu Revit. Selalunya kita belajar bermula dari pengalaman menggunakan beberapa perisian CAD seperti AutoCAD, ADT, 3D Studio dan lain-lain. Sambil memikirkan apakah perbezaan mereka, perkara-perkara baru yang diperkenalkan dan bagaimanakah ia digunakan?

Dalam kita untuk mempelajari sesuatu perisian itu, selalunya kita perlu memikirkan:
  • Apakah yang dapat dicapai dengan menggunakan perisian tersebut?.
  • Apakah alat yang dibekalkan, bagaimana pula kita dapat mencapai sesuatu itu dengan menggunakan alat tersebut dan apakah langkah-langkahnya?.
  • Apakah yang terdapat diantaramukanya (Interface) , Bagaimana ia digunakan bersama papan kekunci dan tetikus.
  • Bagaimanakah ia digunakan dalam melaksanakan tugas sebenar dan adakah ia praktikal?.
  • Adakah cara, bagaimana kita boleh mempelajari sesuatu perisian itu dengan cepat?.
  • Apakah perkara yang penting dan tidak penting, dan yang mana yang perlu dipelajari dahulu ?.
  • Bagaimana pula tentang terma-terma yang digunakan?.
  • Apakah perintah yang selalu digunakan dan manakah pula yang jarang digunakan?
Untuk menjawab soalan-soalan ini tidak dapat tidak, kita perlu menggunakan perisian ini sendiri, dengan membuat beberapa percubaan untuk memahaminya, disamping membuat rujukan.

Oleh itu, disini saya ingin mendokumentasikan pengalaman saya dalam mempelajari perisian Autodesk Revit yang menggunakan konsep BIM ini.