Jika kita menggunakan family anda akan dapati terdapat banyak ukuran yang disertakan untuk mengawal objek-objek tersebut. Disini kita akan keliru dimana ukuran mengawal objek yang mana satu. Untuk mengetahui ukuran yang berkaitan lakukan seperti berikut:
1. Pilih objek tersebut.
2. Gunakan arahan move.
Anda akan dapati bahawa ada ukuran akan berubah bersama objek menunjukan ianya adalah ukuran yang berkaitan (adakalanya akan highlight berwarna oren).
3. Amaran Error akan timbul menyatakan "Constrains are not satisfied.". Gunakan butang Cancel untuk membatalkan arahan tersebut.
Dengan itu kita dapat mengetahui bagaimana family tersebut berfungsi dan dapat membuat perubahan dimana perlu.